d' Unwithering Flower...
Tuesday, April 15, 2003
FITRAH yang menjadi FITNAH
From: Tanjung
Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak
salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniakan kepada
setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia
memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya. Namun ALLAH tidak kurniakan cinta
secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga
kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah
tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah
selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan
yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH.
Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka
akan berlakulah kekalutan dan kemusnahan
Mengapakah perlu ada peraturan cinta? Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai
manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan
menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta hubungan cinta yang
terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman
sudah pun mengajar kita bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar
diri. Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan
Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalahi syariat. Lebih
banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko kemusnahan yang akan
berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai
janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk dengan rindu dan asyik yang membuai
dan melenakan. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan
meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan
buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang aka menjadi
hamba kepada sesiapa yang dicintainya. Ketika itu hati tidak nampak yang lain
kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu
asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya
jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa
bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya?
Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang. Seolah-olah cinta
dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar
bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah. Tangan kekasih
dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempauan
yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu syaitan adalah pihak ketiga. Lebih
dari itu pun banyak berlaku. Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta.
Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya
pohon cinta terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan. Buah
yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang
mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi. Ketika itu indahkah cinta?
Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta
diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya perlu diatur dan
dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan
pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan
peraturan dan kawalan. Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?
Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita
berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan ALLAH.
ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh
menghampirkan diri kita kepada ALLAH swt. Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan
cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH. Sehubungan dengan itu, cinta
antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!. Soalnya
...bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan
seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan agamanya.
Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi
separuh untuk disempurnakannya" ..
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan
untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah,
keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan
perintah ALLAH swt. Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga
pandangannya, kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa
tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada
ALLAH SWT.
Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi
janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka.
Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada
didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk
berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH. Hakikatnya cinta itu adalah
cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau
kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk namanya - Cinta Monyet!
Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang
dilanggar. Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat,
tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan
lain-lain. Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan
dan merugikan. Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh," Cinta apa namanya ini
jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya
'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan
senyuman?
Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan. Putus cinta dan
kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan
racun-racun cinta yang disangka baja ini. Justeru banyaklah cinta yang gagal
disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh
perkahwinan.
Allah swt Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya dibuat
dengan rasa cinta terhadap hambaNYA. Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu.
Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi
dengan seribu keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan
terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan
bercinta lagi di syurga - tempat pertama yang melahirkan cinta! Ketika itulah
FITRAH akan menjadi ANUGERAH!
Wallahu'alam.

posted by lisanwar at 10:51 PM
<< Home