d' Unwithering Flower...

Tuesday, December 07, 2004

One interesting research

Wanita makan pil kurus lahirkan anak lesbian

LONDON: Pengambilan pil kurus dan untuk merawat tiroid ketika hamil meningkatkan kemungkinan mengandungkan bayi perempuan yang cenderung menjadi lesbian, menurut satu kajian.

Penyelidik membuat kajian ke atas beribu-ribu wanita hamil untuk mengkaji kesan ubat itu ke atas bayi mereka dan mendapati ‘thyroxine’, yang digunakan untuk merawat tiroid dan pil kurus berasaskan ubat rangsangan mempengaruhi homoseksualiti di kalangan kanak-kanak perempuan.

Akhbar The Sunday Mail menyebut, keputusan menunjukkan kecenderungan seksual lebih banyak dipengaruhi ketika pranatal berbanding faktor sosial dengan ibu kepada kanak-kanak perempuan homoseksual terbukti lapan kali lebih berkemungkinan untuk mengambil pil berkenaan paling terserlah di kalangan kanak-kanak perempuan yang ibu mereka mula mengambil pil ketika tiga bulan pertama kehamilan.

Profesor Lee Ellis dan pasukannya di Universiti Minot State, Dakota Utara, mengumpulkan kajian menggunakan ibu kepada lebih 5,000 penuntut.

Mereka mendapati pil tiroid diambil 5.2 peratus ibu kepada wanita lesbian tetapi hanya satu peratus ibu kanak-kanak heteroseksual yang mengambilnya.

Pil kurus diambil dua peratus ibu kanak-kanak yang cenderung menjadi lesbian tetapi hanya 0.2 peratus di kalangan ibu kanak-kanak heteroseksual.

Penemuan itu akan disiarkan dalam jurnal Perbezaan Personaliti dan Individu bulan depan.

Mereka juga mendapati wanita yang mengalami tekanan pranatal lebih berkemungkinan mendapat anak lelaki homoseksual.

Laporan itu menyimpulkan: “Penemuan yang paling perlu diberi perhatian ialah jika bahan terapeutik pranatal memberi kesan kepada kecenderungan seksual anak, akibatnya hanya tertumpu kepada anak perempuan dan terhad kepada tiga bulan pertama kehamilan.

“Secara khusus, ibu kepada wanita homoseksual dalam contoh kami lebih berkemungkinan untuk mengambil pil kurus dan ubat tiroid ketika hamil berbanding ibu wanita heteroseksual.”

Ia juga mendedahkan sesetengah ubat boleh memberi kesan berbeza iaitu ibu kepada lelaki heteroseksual 70 peratus lebih berkemungkinan untuk mengambil pil mencegah loya berbanding ibu lelaki gay.

Prof Ellis berkata: “Ini ialah kajian pertama mengenai perkara ini - melihat kepada kesan pengambilan ubat dan kami mendapati tiada bukti berhubung homoseksualiti lelaki tetapi ia menunjukkan bukti lesbianisme.

“Kami berminat dalam tekanan pranatal tetapi berfikir kami juga perlu melihat pada faktor pranatal lain dan kami tidak menjangka keputusan ini tetapi ia memang jelas.”

Dia menambah, bilangan wanita hamil yang mengambil pil berkenaan adalah kecil dan kajian mendalam perlu dijalankan.

“Kami mengambil masa lama untuk mengkajinya dan saya harap orang lain akan meneruskannya dan menyusun semua data,” katanya.

Timbalan Presiden Kolej Obstetrik dan Ginekologi Diraja, Profesor Jim Dornan, menganggap ‘keputusan amat menarik jelas memerlukan kajian lanjut.’ – Agensi

qlin~ got H2O?
posted by lisanwar at 2:01 PM

<< Home