d' Unwithering Flower...
Sunday, October 17, 2004
Some people just can't get enough
I think by now ramai yg dah tahu pasal news satu family dibunuh kat Mesir. Below is the translation from news in Mesir. Got it from a friend there. Takziah pada keluarga mangsa. Moga roh mereka dicucuri rahmat, amen..
Penyiasat membongkar kes pembunuhan keluarga Malaysia
selepas 12 jam
Warganegara Indonesia : Bersalah dalam pembunuhan Nasr City kerana perselisihan kewangan – membunuh dan membakar kawannya sekeluarga untuk menghilangkan kesan
jenayahnya.
Pegawai Penyiasat daripada pejabat Am Penyiasatan, Kaherah telah berjaya membongkar kes pembunuhan sekeluarga rakyat Malaysia dalam masa 12 jam selepas kejadian.Keluarga tersebut terdiri daripada Mohd Zaki Ayob (27 tahun) mahasiswa tahun akhir Jabatan Syariah Islamiah Universiti al-Azhar, isterinya Nurul Hayati
bt Bohari (27 tahun) suri rumah dan 2 orang anak mereka Maryam (4 tahun) dan Mu'az (setahun). Mereka dijumpai hangus terbakar dan terdapat beberapa kesan
tikaman didalam rumah sewa mereka di No 51, kawasan Perumahan Swisry Nasr City.Pihak siasatan polis mengenalpasti tertuduh yang membunuh keluarga tersebut ialah Darman Agustari (33 tahun) warganegara Indonesia pemilik sebuah restoran yang merupakan kawan kepada mangsa. Tertuduh melakukan jenayah tersebut dengan membunuh mangsa dengan menikam menggunakan pisau selepas berlaku perselisihan diantara keduanya dalam perkara yang berkaitan dengan perniagaan pertukaran wang asing. Kemudian tertuduh telah membunuh isteri mangsa sewaktu beliau cuba untuk meminta tolong kepada jiran yang lain.Tertuduh meletakkan 2 mangsa yang dibunuhnya tadi dalam bilik tidur bersebelahan dengan kedua-dua anak mereka yang menangis ketakutan.
Tertuduh juga melarikan sejumlah wang dan 2 telefon bimbit seterusnya menyalakan api untuk membakar 4 ahli keluarga tersebut untuk menghilangkan kesan-kesan
pembunuhan lantas menutup pintu dan melarikan diri dalam keadaan tenang dengan harapan tiada seorang pun menyedari tindakannya.Pihak polis telah berjaya
menangkap tertuduh dan dia telah mengaku bersalah dan menceritakan secara terperinci apa yang telah dilakukannya.
Kejadian kebakaran dapat dikesan pada jam 10 pagi hari Jumaat ketika penghuni blok bangunan tersebut iaitu No 51, kawasan Perumahan Swisry,Nasr City menyedari ada
kepulan asap yang tebal keluar daripada rumah mangsa (mohd Zaki Ayob). Semua yang melihat kejadian itu terkejut dan mendapati api sedang marak menyala
daripada rumah mangsa. Kebakaran berlaku dalam masa yang begitu pantas dan mereka tidak mampu memadamkannya dan tiada seorang pun tahu kewujudan mangsa dalam rumah tersebut pada waktu itu.
• Penduduk kawasan perumahan tersebut segera
melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan bomba, dan tidak lama kemudian 3 buah kereta bomba sampai di tempat kejadian lalu mereka mengambil tindakan pantas
memadamkan kebakaran disamping menutup mematikan elektrik dan saliran gas di blok bangunan tersebut.
• Pihak bomba dengan pantas berjaya mengawal api dengan bantuan penduduk setempat. Dan mereka terkejut apabila mendapati terdapat empat jasad keluarga mangsa
hangus terbakar dalam bilik tidur rumah tersebut di samping wujudnya kesan-kesan darah di dalam rumah mangsa yang mengambarkan terdapatnya unsur-unsur
pembunuhan telah berlaku dalam kejadian kebakaran tersebut.Tertuduh mengambil jalan membakar rumah mangsa untuk menyembunyikan jenayahnya.
Tikaman Pisau
• Ketua Polis Bahagian Penyiasatan dan pihak yang bertanggungjawab sampai ke tempat kejadian telah membongkar kes pembunuhan tersebut berdasarkan
bukti-bukti yang boleh membantu siasatan mereka di antaranya wujudnya beberapa kesan tikaman di dada, tengkuk dan muka mangsa.Begitu juga yang terdapat di jasad isterinya, begitu juga pembakaran jasad mereka sekeluarga. Mereka juga mendapati tiadanya sebarang kesan ceroboh di pintu rumah dan tingkap rumah sewa mangsa.Ini menyakinkan lagi bahawa pembunuh adalah seorang yang dikenali oleh mangsa dan dia adalah tetamu kepada mangsa.
• Kejadian ini sampai ke pengetahuan Ketua Polis Nabil Azby pembantu Menteri Dalam Negeri bahagian keamanan Kaherah lalu mengarahkan agar pembentukan satu pasukan
penyiasat yang diketuai oleh Ketua Pejabat Am Siasatan untuk menyelesaikan kes ini dan menangkap pembunuh.Mereka telah menyoalsiasat kawan-kawan mangsa daripada mahasiswa-mahasiswi Malaysia dan sesiapa sahaja yang selalu datang ke rumah mangsa.Pihak berwajib mendapat maklumat hasil soal jawab tersebut bahawa mangsa datang ke Mesir bersama isterinya lebih kurang 5 tahun yang lalu untuk belajar di Universiti al-Azhar dan mereka berdua menyewa sebuah rumah dan tinggal di situ dan Allah mengurniakan dua orang cahayamata sepanjang tempoh tersebut.Untuk mendapatkan
pendapatan tambahan mangsa telah menyewa sebuah rumah untuk dijadikan restoran makanan Malaysia dan cyber cafe serta pada masa yang sama telah membeli sebuah
motosikal.
Pembunuh dikenalpasti.
Hasil siasatan mendapati mangsa yang dibunuh telah melakukan urusan perniagaan pertukaran mata wang asing tanpa permit dengan rakannya Darman Agustari (33
tahun) warganegara Indonesia pemilik Restoran makanan Asia di kawasan perumahan yang sama yang telah bersembunyi selepas kejadian.
• Pihak penyiasat polis melakukan usaha pencarian untuk menjejaki rakan mangsa yang berwarganegara Indonesia ini dan berjaya menangkap dalam salah sebuah
hospital swasta di Mohandesin,Giza yang sedang mendapatkan rawatan hasil kecederaan ringan tangan kirinya.
• Pada permulaannya, semasa sesi soal jawab dijalankan tertuduh berusaha untuk menafikan dan mendakwa bahawa dia tiada kaitan dengan kejadian tersebut.Namun dia
tidak mampu menjawab soalan yang diajukan berkaitan dengan kecederaan yang dialaminya.Setelah ditekan dan diajukan soalan yang bertubi-tubi akhirnya dia
mengakui bersalah melalukan jenayah tersebut sambil menangis dan menjerit-jerit.Tertuduh berulangkali mengatakan "Ya akulah yang membunuh kawan aku rakyat
Malaysia dan ahli keluarganya dan aku juga telah membakar mangsa di rumah mereka".
Tertuduh mengaku
Sambil mengingati detik-detik pembunuhan tersebut tertuduh menyatakan bahawa dia telah pergi ke rumah rakannya(mangsa) pada jam 9 pagi 1 Ramadhan untuk
mendapat persetujuan urusan tukaran mata wang asing sebanyak USD 16,000 mewakili seorang kawannya yang lain. Dan ketika perbincangan berlaku perselisihan
faham di antara kedua-duanya dan ia bertukar menjadi pergelutan yang menyebabkan mangsa mengambil pisau dari dapur dan menyebabkan kecederaan di tangan
tertuduh.Lantas tertuduh melawan kembali dan mengambil pisau dari tangan mangsa lalu menikamnya beberapa kali.Mangsa mati dalam keadaan berlumuran darah di
badannya,tiba-tiba isteri mangsa menyedari kejadian tersebut lantas menjerit meminta tolong sejurus selepas keluar daripada bilik tidur.Lalu tertuduh memegang isteri mangsa dan menutup mulutnya sambil menikamnya dengan pisau.Kemudian tertuduh menarik
kedua-dua jasad mangsa suami isteri dan meletakkannya disebelah kedua-dua anak mereka yang sedang menangis ketakutan.Kemudian tertuduh menggeledah rumah mangsa
dan menjumpai sejumlah wang sebanyak 44,000 pound Mesir dan 2 telefon bimbit lalu melarikannya. Dalam keadaan marah tertuduh mengambil tindakan membakar rumah sewa mangsa, kemudian dia pun keluar melarikan diri dengan sangkaan tiada seorang pun yang akan mengetahui tindakan jenayah yang dilakukan.Seolah-olah kematian mangsa disebabkan oleh kebakaran ketika mereka sekeluarga sedang tidur.Namun segala-galanya
terbongkar selepas beberapa jam sahaja, kejadian tersebut telah menghantui tertuduh sehingga dia tidak dapat tidur dengan lena.Tertuduh menyambung dengan mengatakan " Sekarang saya sangat sedih kerana membunuh keluarga mangsa yang tidak berdosa". Tertuduh juga mengatakan bahawa dia bertanggungjawab sepenuhnya dan sanggup menerima sebarang tindakan atas perbuatan jenayahnya dan akan menunjukan tempat terletaknya
pisau serta kedudukan barang-barang yang diambilnya.Tertuduh ditahan oleh pihak berkuasa untuk siasatan lanjut
Sumber : Al-Gomhuria 17/10/2004
Tulisan : Aiman as-Sibaie
Terjemahan : Anhar Opir

posted by lisanwar at 5:03 PM
<< Home